Photobucket Photobucket

Jika aku pergi




Jika aku pergi
Akan kah ada yang menyedari?
Akan kah ada yang terluka?
Akan kah ada yang gundah?

Jika aku pergi
Akan kah ada yang menangisi?
Akan kah ada yang tersiksa?
Akan kah ada yang dendam?

Jika aku pergi
Akan kah ada yang menyesali?
Akan kah ada yang ku sakiti?
Akan kah ada yang pilu?

Jika aku pergi
Akan kah ada memahami
Atas ketiadaan ku di sini?



Whenever I....


Whenever I feel happy
I feel sad inside
For not making you happy
Before...

Whenever I wanna do something good
I feel sad inside
For not doing good enough for you
Before...

Whenever I wanna buy something
I feel sad inside
For not buying you anything
Before...

Whenever I laugh
I feel sad inside
For not making you laugh
Before...

Whenever I want to sacrifice
I feel sad inside
For not sacrifice enough for you
Before...

Whenever people say bad things about you
I feel sad inside
For you were kind and never been bad
Before...

Whenever I cherish others
I feel sad inside
For not cherished you
Before...

Whenever I want to love
I feel sad inside
For not loving you

The way I should be
Before...



Ya Allah, izinkanlah....



Ya ALLAH..Ya Tuhanku...
Aku masih  tak menemukan cinta tertinggi untuk-MU..
Kerana itu...
Aku terhempas dalam jurang dan kegelapan...

Wahai Ilahi…
Aku cuba merangkak menggapai permukaan bumi 
Dan menegakkan jiwaku kembali..
Meratap, memohon, dan menangis hiba...

Ilahi…aku tak mampu mencintai-MU..
Dengan kesabaran menanggung derita  
Umpama Nabi Ayyub,Musa,Isa hingga ke kekasih-MU..
Kerena itu… izinkanlah aku mencintai-MU melalui keluh- kesah pengaduanku pada-MU..
Atas secalit derita batin dan jasadku..
Atas sakit dan ketakutanku..
Atas penyesalan dan penyiksaanku...

Ya Rabbi…
Aku tak mampu mencintai-MU 
Dengan khusyuknya solatku seperti  salah seorang Nabi-MU..
Hingga tiada terasa anak panah musuh terhujam dikakinya..
Karena itu ya ALLAH…
Perkenankanlah aku tertatih menggapai cinta-MU..
Dalam solat yang cuba kudirikan dengan hati yang tidak sempurna..
Dengan ingatan yang masih melayang memikirkan permasalahan diriku di dunia ini....

Ya Maha Pengasih...
Aku tak dapat beribadah seperti para sufi 
Yang membaktikan seluruh malamnya untuk bercinta dengan-MU..
Semisal Sumayyah, yang mempersembahkan jiwa demi tegaknya agama-MU..
Seperti para syuhada yang menjual dirinya dalam jihadnya kepada-MU..

Ya  Maha Pencinta..
Aku tak mampu setanding Rabiatul Adawiyah 
Yang mencintai-Mu dengan seluruh dirinya..
Yang menenggelamkan cintanya kepada-Mu sehingga tidak berpaling kepada yang lain..
Karena itu Ya ALLAH…
Perkenankanlah aku mencintai-MU melalui hati yang merintih untuk cuba mencintai-MU..
Melalui jiwa yang kecewa mencintai yang lain selain-MU…

Allahu Rahmanurrahim, Ilahi Rabbi…
Perkenankalah aku mencintai-MU semampuku 
Agar cinta itu mengalir disepanjang nadiku………
Izinkanlah aku mencintai-MU agar cinta itu berdetik di setiap degupanku…
Kurniakanlah rasa cinta kepada-MU ..
Sehingga aku tidak mengharap yang lain selain-MU…….
Pilihlah aku mencintai-Mu melebihi segala yang ada di dunia ini....



YA RAHMAN



Allahu Ya Rahman

Allah.. Allah.. Allah.. Allah.. Allahu Ya Rahman

Berlalu waktu berlalu
Sepi menghantar ku kembali pada-Mu
Bersimpuh aku bersimpuh
Dalam lelah hati memohon pada-Mu

Di pintu kasih-Mu hati kan mengadu
Di dalam gelapku memohon ampun-Mu
Kasihani aku terangi jiwaku
Sinari hidupku

Dan berharap belas kasih
Dan berharap maaf untuk
Segala salah dan dosa dari hitam di langkahku
Semoga Engkau beri
Setitik cahaya terang
Sebelum masa hilang dari pandangan

Allahu Ya Rahman


- Ya Rahman
- Opick 







Sebuah lagi lagu yang menyentuh hati dari Opick.

Mode: Allahu Ya Rahman! (T_T)

U.S.A.H.A





Alhamdulillah..segala puji hanya layak bagi ALLAH SWT, Tuhan sekalian alam.


Gambar yang cute dan simple ini saya copy dari page Brotherhood Arts. Comel kan? Saya tertarik dengan kata-kata motivasi nya – ‘If opportunity doesn’t knock, build a door’.  

Sesuai dengan firman ALLAH SWT,

“ Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri” (Surah Ar-Ra’d, ayat 11)

Kesimpulannya, kehidupan ini adalah mengenai USAHA. Usaha untuk beribadah, usaha untuk berdoa, mencari rezeki, usaha menimba ilmu, usaha menguruskan kehidupan seharian, dan usaha menggapai cinta ALLAH!

Saya pernah ditanya seorang ukhti mengenai takdir ALLAH. Ukhti itu bertanya, jika ALLAH dah tetapkan syurga neraka, ajal maut, rezeki setiap manusia di dunia ini, walau sebanyak mana pun amalan kita, kita tetap masuk neraka kan? So, takyah la beribadat. Kerja teruk macam mana, rezeki itu pun telah ditetapkan kan?So, takyah lah susah2 keje teruk kan?

Saya hanya tersenyum sambil beristighfar di dalam hati. Saya hanya berkata, bagaimana adik tahu adik masuk ditetapkan masuk neraka? Dan bagaimana adik tahu rezeki adik banyak mana?
Jangan difikirkan sangat ‘hasil’ nya, kerana ALLAH memerintahkan hamba-hambaNYA berusaha. USAHA. Dan setelah berusaha, biarlah ALLAH tentukan hasilnya. Kerana pahala telah pun kita dapat atas usaha itu , bukan hasil usaha .

Dan saya tetap yakin, ALLAH tidak pernah zalim. ALLAH akan beri setimpal dengan usaha kita. Jika tidak di dunia, pasti di kehidupan yang kekal abadi di sana!

Sentiasa lah ingat, ( ingatan untk diri saya juga) ALLAH lebih sayang dan cinta akan hamba-hambaNYA lebih dari sesiapa sahaja di dunia ini. Malah, lebih dari seorang ibu sayangkan anaknya.

Maka, wajarkah kita ragu akan DIA Yang Maha Mencinta?


Bagaimana Mengatasi Kesukaran?






Saya amat tertarik dengan illustration yang ringkas tapi padat dari page Productive Muslim ini. Setelah kita di'biasa'kan dengan '7 Habits of Highly Effective People', apa kata kita amalkan 7 practical steps ini untuk kita menghadapi pelbagai suka duka kehidupan ini. 

Secara peribadi nya, saya dah cuba amal kan semua step ini ( step 'Sadaqah' tu, buat masa ni saya hanya mampu sedekah senyuman dan tenaga je..huhu ) dan hari ini adalah hari ke-3. Saya  pernah dengar orang kata, jika istiqamah beramal sekurang-kurangnya 21 hari, insyaALLAH akan menjadi tabiat/ amalan kekal dalam diri kita ( correct me if I'm wrong ya? ). So, 19 more days to go ( at least!) . 



Jom cuba jom dan selamat beramal!