Photobucket Photobucket

U.S.A.H.A





Alhamdulillah..segala puji hanya layak bagi ALLAH SWT, Tuhan sekalian alam.


Gambar yang cute dan simple ini saya copy dari page Brotherhood Arts. Comel kan? Saya tertarik dengan kata-kata motivasi nya – ‘If opportunity doesn’t knock, build a door’.  

Sesuai dengan firman ALLAH SWT,

“ Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri” (Surah Ar-Ra’d, ayat 11)

Kesimpulannya, kehidupan ini adalah mengenai USAHA. Usaha untuk beribadah, usaha untuk berdoa, mencari rezeki, usaha menimba ilmu, usaha menguruskan kehidupan seharian, dan usaha menggapai cinta ALLAH!

Saya pernah ditanya seorang ukhti mengenai takdir ALLAH. Ukhti itu bertanya, jika ALLAH dah tetapkan syurga neraka, ajal maut, rezeki setiap manusia di dunia ini, walau sebanyak mana pun amalan kita, kita tetap masuk neraka kan? So, takyah la beribadat. Kerja teruk macam mana, rezeki itu pun telah ditetapkan kan?So, takyah lah susah2 keje teruk kan?

Saya hanya tersenyum sambil beristighfar di dalam hati. Saya hanya berkata, bagaimana adik tahu adik masuk ditetapkan masuk neraka? Dan bagaimana adik tahu rezeki adik banyak mana?
Jangan difikirkan sangat ‘hasil’ nya, kerana ALLAH memerintahkan hamba-hambaNYA berusaha. USAHA. Dan setelah berusaha, biarlah ALLAH tentukan hasilnya. Kerana pahala telah pun kita dapat atas usaha itu , bukan hasil usaha .

Dan saya tetap yakin, ALLAH tidak pernah zalim. ALLAH akan beri setimpal dengan usaha kita. Jika tidak di dunia, pasti di kehidupan yang kekal abadi di sana!

Sentiasa lah ingat, ( ingatan untk diri saya juga) ALLAH lebih sayang dan cinta akan hamba-hambaNYA lebih dari sesiapa sahaja di dunia ini. Malah, lebih dari seorang ibu sayangkan anaknya.

Maka, wajarkah kita ragu akan DIA Yang Maha Mencinta?


No comments:

Post a Comment